Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sunday, January 4, 2009

Plan Untuk Maksimumkan Simpanan Dalam ASB

Target paling awal aku boleh buat adalah selama 2 tahun bermula tahun ni (2009) dan insyaAllah pada Jan 2011 dah bole dapat dividen maksimum.

Antara gabungan kaedah untuk aku memaksimakan buku ASB dengan menggunakan beberapa financing tools seperti loan (sebab baru je kerja), OverDraft, term loan, duit lebihan gaji dan bonus.

Berikut adalah serba sedikit mengenai plan mengikut kemampuan aku:


1. ASB (Nilai pada hari ini)
Simpanan asal dalam ASB = RM4,081.62 (Jan 09, selepas update buku ASB)

Buat loan RM 50,000.00, dapat bersih RM 49,250.00
(bulanan kene bayar RM 526 : 20 tahun) Kalau ikutkan hati nk buat loan lebih tinggi tapi itu sahaja maksima yg boleh pegi setakat ini. Tujuan loan sbb nk buat OD.

Update buku ASB = RM 4,081.62 + RM49,250.00 + RM 300 (duit lebihan gaji dec 08) = RM 53,381.62


2. Planning Januari 2009
Duit cash dalam bank ada lagi, cukup utk topup RM 620 ke dalam ASB, jadi RM 54,000.62.

So, sebelum bulan Feb 09, aku kene buat OD 54k. Sasaran bank untuk buat OD ni adalah bank CIMB memandangkan interestnya adalah rendah iaitu BLR - 1% = 5.5% dan setelah membuat perbandingan dengan rate dari RHB, aku akan save dalam RM 300 setahun kalau buat OD di CIMB dengan nilai yg akan aku guna.









OD di CIMB dapat 90% dari nilai sijil, bermakna aku hanya akan dapat RM 48,600.00.

RM 30,000.00 akan dikeluarkan dari OD tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun ASB.

Selepas itu, aku akan buat Term Loan RM 20,000.00 kepada RHB sbb interest utk bayar bulan2 ke RHB adalah rendah (bulanan RM 129 selama 20 tahun). Nilai cash dari term loan adalah sebnyk 95% iaitu RM 19,000.00. Tujuan term loan ni adalah untuk aku buat duit kenduri kahwin pada awal tahun hadapan, instead aku buat term loan duit kawin tahun depan, why not aku buat plan awal simpan dulu 19k (duit kawin) untuk dapatkan dividen dari tak dapat apa2.

Target ASB Jan 09 = RM 54,000.62 + RM 30,000.00 + RM 19,000.00 = RM 103,000.62

Interest rate yg bakal aku tanggung adalah = RM 526 + RM 129 = RM 655 sebulan.

Itu sahaja planning untuk bulan Jan 2009.


**FAQ:
Q - Kenapa tak buat loan ASB je terus 100k lagi senang, dan interest bulanan adalah rendah untuk 20 tahun?
A - Kalo buat loan ASB duit kat dalam tu tak bole usik dan tak bole buat OD dan kalo buat cara di atas aku ada cash untuk emergency.